KOMEN BALAS ANUAR ZAIN
Tiba-tiba nama Roslan Aziz kembali panas.Kritikannya kembali terdengar. Tidak hairanlah kerana demam Malaysian Idol muncul lagi. Dan Roslan sekali lagi terpilih untuk menjadi juri bersama Paul Moss dan Fauziah Latif. Paling menarik kali ini bukan hanya peserta sahaja yang menjadi mangsa kritikan pedas dan laser beliau, malah tempiasnya sampai kepada artis yang sudah mencipta namanya.
Roslan tanpa berselindung baru-baru ini memberi komen tentang vokal dan kemampuan penyanyi lelaki popular Anuar Zain dalam sebuah majalah hiburan ( Bukan terbitan Karangkraf ). Menurut Roslan, Anuar Zain adalah seorang penyanyi yang ada vokal yang baik tapi dia tidak tahu menyanyi dan kerana itulah dia menyanyi over. Katanya lagi, vokalnya memang hebat tetapi tiada bimbingan yang betul serta Anuar sendiri menghancurkan lagunya.
Bagi sesetengah pihak komen ikhlas ini boleh di salah ertikan. Ia seolah-olah memperkecilkan kredibiliti Anuar sebagai penyanyi yang boleh dikatakan telah banyak 'makan garam' dan dijadika idola bukan hanya peminat malah dikalangan artis sendiri. Penulis menghubungi Anuar untuk meminta pandangannya terhadap teguran itu.
Dengan tenang Anuar berkata, " Saya menyanyi dari dalam jiwa, vokal kita, cara nyanyian dan cara penyampaian kita ada orang suka, ada yang tidak. Kalau tak suka nak buat macamana? Kita bagi apa yang kita ada."
" Bagi saya semuanya terletak pada mesej. Ada yang suka cara nyanyian straight,. Ada yang suka cara nyanyian yang berlainan. taste masing-masing terletak pada perasaan. Saya tak kisah orang suka ke tak suka. Pada saya tak ada masalah. Orang ni macam-macam citarasanya. Ada yang suka warna biru, ada yang suka warna pink yang penting cara penyampaian kita bawa seikhlas-ikhlasnya. Apa yang kita rasa, feel dalam penyampaian sesebuah lagu itu hanya kita yang tahu. Penerimaan terletak kepada pendengar. Suka, sukalah, tak suka tak apa. Macam kalau kita nak beli kereta Getz, orang lain cakap kereta Aveo lagi baik, tapi kalau kita dah suka dan nak beli juga kereta tu, itu hak kita. Saya buat apa yang saya rasa sesuai dan puas ati. Peminat suka, itu paling penting. kita tak boleh nak bahagiakan semua orang. No body's perfect.
" Dari segi penerimaan sama seperti yang saya katakan tadi. Masing-masing mempunyai penerimaan dan komen masing-masing. apa orang nak kata, ianya tak memberi masalah dalam kehidupan saya. Saya boleh terima sahaja. Kita boleh tengok dalam diri kita. Kalau rasa sesuai komen tersebut kita ambil jadikan panduan. Saya hormati pendapatnya.
" Sekali lagi saya katakan, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya buat yang terbaik dan bagi peminat saya happy mendengar nyanyian saya. Kalau dia tak suka Anuar Zain nak buat macamana? Kalau dia kata saya hancurkan lagu saya, saya hormatlah. Itu komen dia. Dia tahu apa yang dia cakap. Saya tak boleh nak bagi semua orang suka saya, as long as my fans terima, its okey. Saya rasa saya dah buat yang terbaik dan ramai peminat terima dan happy. Itu sudah memadai buat saya"
Komen dari Anuar ini mungkin cukup memuaskan hati peminatnya. Dia berharap tidak ada peminat yang terasa hati kerana setiap teguran itu, ada baiknya juga.
" Saya hormati komen dia. Bukan senang orang nak komen orang lain. Bermakna dia ambil berat tentang kita. Saya ambil komen tersebut secara positif, nak berjaya kita kena terima komen orang seadanya. Jika kita tidak menerima komen orang lain bermakna kita ego. Tak boleh terima teguran. Bila kita ego, itu zaman kejatuhan kita. Paling penting kita harus menerima pendapat orang dan pandangan orang untuk diri kita. Jangan kecil hati kerana ianya penting untuk diri kita," ujarnya amat tenang dan amat berterima kasih dengan komen-komen ayng diterima
PS: Reading AZ's comment is one hell of a matured statement. I guess if it's me who got this tongue slashing from someone I used to admire, I will jump off my seat. No wonder lah I am not a celebriti. Hehehehehehehe.

The suave 'victim'

The villian....I have seen this face somewhere....either in Zoo Negara or Singapore Zoological Gardens....where ah?